Satay Goreng
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
600 gram daging batang pinang/isi dada ayam
1 cawan gula pasir
2 batang serai
2 sudu besar kacang tanah
1 sudu besar garam
1 sudu besar serbuk kunyit

Cara cara:
Daging dibersih2kan urat urat dan lemaknya dan dihiris halus dalam sebesar ibu jari. Kacang tanah disangai tanpa minyak dan dibuang kulitnya.

Ricik serai dan tumbuk halus, ketepikan dan tumbuk pulak kacang tanah. Masukkan dalam besen semua bahan seperti gula, garam, kunyit serbuk dan serai serta kacang tumbuk tadi. Gaul rata. Pastu masukkan daging tadi dan gaul sampai rata betul betul.

Perap selama dua jam. Jangan bubuh air sebab air daging tu akan keluar setelah diperap hampir dua jam.

Goreng daging perap dalam minyak terendam, agak basah sedikit. Semasa dihidangkan dalam pinggan, curahkan kuah di atasnya.

Atau dimasukkan satay yang telah digoreng dalam periuk kuah. 
Memang terbaik dan sangat mudah dan cepat disediakan. Selamat mencuba.



Comments

Popular Posts