LEMON BUTTER CHICKEN

RESEPI LEMON BUTTER CHICKEN


Bahan-bahan:
Bawang putih (dicincang halus)
Tepung Goreng Serbaguna Magic
Susu Pekat Manis (Susu cair pon boleh)
Ayam (dipotong kecil-kecil)
Lemon (perah jus dalam 1 biji)
Daun Kari
Butter
Telur
Cara-caranya:
Firstly, celupkan ayam yang dipotong kecil ke dalam telur, kemudian gaulkan dengan tepung goreng magic. Goreng ayam sehingga masak dan ketepikan.
Kemudian panaskan kuali dan cairkan butter. Tumiskan bawang putih hingga naik bau. Masukkan daun kari dan lada cili (jika suka pedas), masak seketika.
Kemudian masukkan dalam satu sudu makan susu pekat dan perahan lemon. Masukkan sedikit air dan gaul hingga kuah tu menjadi pekat dan letak sedikit garam. Biarkan mendidih seketika. Kemudian curahkan ke atas ayam tadi. Atau boleh juga masukkan ayam ke dalam kuali dan masak sehingga pekat.
Hiaskan dengan bijan dan daun bawang ok (saya tak letak sebab tak ada bahannya).
P/S: Berselera nampaknya en suami makan. Boleh la repeat dan jadi favourite menu lepas ni.
Kredit to: kathyjem
#jommakan #dinner #dapurnoreen

Comments

Popular Posts