Rendang Tok Noxxa

Ni cerita dah lama jugak la ni. Tempohari suami saya minta buatkan rendang daging sebagai salah satu lauk nasi ambeng. Semua ni untuk buat makan-makan orang rewang yang memasak untuk sambutan maulidurrasul di masjid. Kalau ada yang tak tahu nasi ambeng tu yang macam mana, nanti boleh tengok gambar di bawah ok. Nasi ambeng adalah makanan tradisi orang jawa yang dimakan dengan sambal goreng. Perghh marvellous bila teringat. Jadi, tugas saya masak rendang dan nasi sahaja. Tapi saya tambah lagi menu iaitu masak mee goreng 'bodo' kononnya dengan goreng ikan masin bulu ayam.

nasi ambang
Nasi Ambeng kegemaran saya. Sedap tau!

Ok berbalik semula tentang resepi rendang tadi, sila la tengok resepi berikut ye. Oh ya, lupa juga nak beritahu yang rendang ni saya masak guna periuk magic Noxxa Pressure Cooker (NPC) Amway. So let's check it out.

Resepi Rendang Tok
(sumber : Dapur azlina)

Ini lah rupa Rendang Tok Noxxa saya. Minyak tu boleh lah dikurangkan lagi ok.

Bahan-bahan:

2kg daging lembu topside (potong ketulan sederhana kecil)
1 cawan kerisik
10 sudu makan cili kering kisar
3 batang serai diketuk-ketuk
2 helai daun kunyit
Santan dari 2 biji kelapa
5 sudu makan gula melaka
4 asam keping
3 sudu makan gula
Garam  secukup rasanya


Bahan-bahan untuk dikisar bersama:

20 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
6 cm halia
3 cm lengkuas
5 batang serai
1 sudu kecil belacan


Rempah-rempah lain:

5 bunga lawang
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
8 bunga cengkih
3 sudu besar biji ketumbar
- Semua bahan-bahan rempah ini dikisarkan bersama-sama

Cara membuatnya:

1. Guna periuk magik NPC, campurkan daging & kesemua bahan2 kisar, serai yang diketuk, daun kunyit, gula melaka & santan. 
2. Set High Pressure (HP) selama 30 minit. Apabila sudah tamat, buka periuk dan set Stir-Fry (SF) untuk keringkan kuah.
3. Masak sambil dikacau-kacaukan sehingga kuahnya menjadi pekat. Masukkan asam keping & kerisik, kacau biar rata, diikuti dengan gula & garam.
4. Sambung kacau sehingga menjadi rendang yang betul-betul kering. 
Tadaa..dah siap! Ok, selamat mencuba!




Comments

  1. Terimakasih Artikel Rendang Tok Noxxa nya bagus dan membantu sekali, semoga sukses selalu yaa .. Aamiin
    Salam Kue Kacang Tanah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts