SUPER FUDGY CHOC BROWNIES
Assalamualaikum..salam sejahtera semua,
Firstly akak nak minta maaf atas kelewatan menyalinkan resepi brownies yg akak janjikan tempohari. Kalau nak kata sibuk, semua orang sibuk kan? Tapi, sebenarnya akak rasa seronok jika dapat berkongsi segala resepi yang akak tahu kepada sesiapa saja yang mahu mencubanya.
Oleh kerana tak mahu anda semua tertunggu2 (aisehh ada ke yg tunggu??Hahaha). Jadi ni akak gigihkan juga la untuk menaipkan semula resepi yang akak dapat daripada video. Jangan tak tahu, resepi ini juga la yang akak gunakan untuk bisnes tau! Dah berpuluh-puluh kek brownies yang akak bakar & jual kepada pelanggan akak. Alhamdulillah semua kata sedap dan berpuashati. Semoga pemilik asal resepi ini akan mendapat pahala yang berpanjangan hendaknya.
Ok la, disebabkan kesuntukan masa, kita nak cepat kan?! So tak mahu la menyembang panjang-panjang sangat. Jadi, akak persembahkanlah resepi SUPER FUDGY CHOC BROWNIES ni. Jeng3!!! Let's check it out!
Bahan A:
125g mentega tanpa garam (kalau nak sedap pakai butter anchor / scs)
220g dark chocolate (Berryls)
Bahan B:
1 1/4 cawan gula castor
3 biji telur gred A
Bahan C (ayak semuanya):
130g tepung gandum
30g serbuk coklat
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil baking powder
Bahan D:
3/4 cawan coklat cips
100g walnut (tak perlu bakar, patah2 kan jer)
Cara-caranya:
Panaskan oven terlebih dahulu dalam 15 minit dengan suhu 170 darjah (suhu bergantung pada oven masing2)
1. Double boil bahan A sampai butter n dark choc cair.
2. Campurkan bahan B ke dalam bahan A iaitu masukkan gula dulu, kemudian kacau guna whisk tgn jer diikuti telur yang dikacau satu persatu.
3. Kemudian masukkan bahan C, kemudian kacau perlahan-lahan hingga sebati.
5. Akhir sekali masukkan bahan D dan gaul rata.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 25minit @ sehingga masak. Jangan terlalu lama bakar, sebab kita tak mahu brownies kita kering nanti jadi macam biskut pulak (tapi masih sedap juga). Hehehe.
Senang ajer kan?! Jadi akak harap anda semua boleh la mencubanya sendiri OK. Jangan risau kerana brownies ni sangat mudah dan cepat penyediaannya. Kalau nak tahu, rasanya juga sangat sedap dan fudgy gitu.
pkai loyang saiz ape ea
ReplyDeleteYg ni saiz 8 inci
Delete