JEMPUT-JEMPUT PISANG MONTOK SEDAP

Alhamdulillah bumi Pasir Gudang dibasahi hujan di waktu petang ini. Dah masuk 3 bulan dah kami terpaksa bercatu air disebabkan masalah empangan yang kering kontang. Teringat plak peribahasa arwah mak akak "takkan la kemarau bertahun nak dihapuskan hanya dengan hujan sehari?" Aisehh mendalam maksudnya tu kan?! Ok la, sebenarnya akak bukan nak bercerita tentang hujan dan peribahasa, tetapi nak cerita tentang santapan & kudapan kami suami isteri di waktu hujan-hujan ni. Hehehe. Biasa la bila hujan2 ni kan sejuk, perut pun berbunyi minta diisi. Hihihi. So kebetulan ada pisang yg dibekalkan oleh ibu mertua kesayanganku, jadi apalagi...teruslah akak dapat idea nak membuat jemput2 pisang ni. Sebenarnya jemput2 pisang ni favourite encik suami tu, klu sepinggan tu dia seorang pun habis. Hahaha. 

Oh ya, adunan jemput-jemput pisang ni sebenarnya main agak2 jer. Klu terlembik tambah sikit tepung. Klu terlebih gula nanti hitam atau melekat2 pula. Jadi kena jaga jangan sampai terlalu banyak gula. Sebaiknya pakai gula perang lg bagus dan kurang manis. Ok lar, jom kita tengok cemana resepinya ikut versi akak. 

Jemput-jemput Pisang Montok


JEMPUT-JEMPUT PISANG MONTOK DAN SEDAP

8-10 biji pisang ~ apa2 jenis pisang pun boleh (klu pisang yg ada rasa masam2 tu lg sedap)
1 sudu besar gula perang / gula merah pun boleh
1 sudu besar gula pasir
1 cawan tepung kek (lebih atau kurang ikut adunan kalau terlembik tambah sikit tepung)
*kalau pakai tepung gandum kena tambah 1 sudu teh baking powder)
1/4 camca teh garam halus
Minyak secukupnya untuk menggoreng (biar jemput2 tu tenggelam)

Kupas pisang, lecek bersama gula, garam, hingga hancur.
Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. 
Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. 
(Akak pakai sudu jer untuk bentukkan & sudukan ke dlm kuali sebab tak mahu kotorkan jari. Tapi ada org buat dengan membasahkan hujung jari dgn air dan jemputkan adunan tadi ke dalam minyak panas). Saiznya pun jangan besar sangat sebab ia akan kembang.
Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian jemput2. Angkat dan toskan. Letak atas kertas tisu dan biar minyak terserap. OK sedia untuk dihidang. 

Comments

Popular Posts